Our Anniversary

love at first sight

Friday, November 19, 2010

yang terindah

 Embun pagi yang membelai tubuhku yang kian kaku. Jauh di sudut panahan mataku memikirkan dia. Setiap pagi burung akan berkumbang bersama teman tetapi aku cuma keseorangan yang sedang mencari-cari debu yang terindah buat hatiku yang sudah lama tidak dimiliki.

Pagi yang kian cerah telah membawaku pergi menimba ilmu. Pada saat aku duduk terpaku termenung, seseorang bidadari telah dibawa masuk. Hatiku tertanya-tanya siapa gerangan bidadari tersebut. Serinya telah memanah hatiku, senyumnya telah meruntuh jiwaku lalu melemahkan aku untuk mengukir keindahan pagi dengan pelangi yang bersinar terang.

Hari-hari telah berlaku tanpa ku rasa jemu hatiku telah mencuit hatinya. Manusia mudah leka kerana cinta tapi hati tidak pernah leka untuk mencari yang terindah.

Walaupun tanpa diduga pertemuan yang aneh itu membawa kebahagiaan hidup. Rintangan atau dugaan adalah jambatan untuk mengecapi kebahagiaan dua insan yang saling memerlu.

Aku lemah kerana air sucimu mengalir kerana ku. Aku kecewa untuk tidak mengubati sakitmu. Kebahagiaan ku tidak akan wujud jika tiada pengorbanan yang terpaksa ditempuh.

Mata bertentang mata, aku mulai resah. " ya tuhan, apa benar kata hatiku ini ". Jari-jemariku gelisah untuk menahan hawa nafsu namun mulutku berkata " aku telah mencintai kamu, maafkan ku kerana telah mengguris perasaanmu..." . 

Tubuhku merasakan kehangatan 37'c iaitu suhu yang membuatkan hatiku berdenyut kencang. Dakapan yang erat telah membaluti tubuhku dari belakang.

Angin lembut meniup leherku...dalam bayu lembut dia lalu berbisik " aku juga akan mencintaimu, walau apa pun berlaku ". Saat tanpa ku duga..darahku berhenti mengalir seketika. Angin sepoi-sepoi berbisik di telinga.

Ku berpaling arah untuk mengatakan kepadanya..." inilah cinta, cinta yang terindah ",..senyuman mula terukir di wajah ayu gadis hitam manis itu. Sejurus kemudian dahinya telah dibasahi dengan kucupan yang pertama.

No comments:

Post a Comment